Salji

Saturday, December 15, 2012

Nota Seni Halus : LUKISAN

SENI HALUS : LUKISAN



PENGENALAN
  1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
  2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.
  3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

    PERBEZAAN LAKARAN LUKISAN DAN CATAN
  •  Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.
  • Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.
  • Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.
  • Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. 
TEKNIK MELUKIS
1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.

MEDIA LUKISAN
1. Pensel
  • Dibuat daripada arang dan tanah liat.
  • Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
  • Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
 



2. Arang
  • Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
  • Media yang tertua sekali.
  • Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
  • Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.




3. Media Pen dan ink
  • Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
  • Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
  • Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci



4. Media Pastel
  • Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
  • Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal.




ASAS SEBELUM MELUKIS
  1.  Memilih teknik melukis.
  2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
  3. Memilih objek untuk dilukis.
  4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
  5. Membuat Lakaran objek.
  6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
  7. Tetingkap Fokus - Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. Memilih sudut yang menarik dan indah. Digunakan untuk melukis di luar studio.
PENGETAHUAN ASAS
1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
- Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.
2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.
3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk.


MELUKIS DAN MEWARNA POKOK
Tumbuh-tumbuhan atau pokok adalah salah satu daripada benda ciptaan tuhan dan banyak dihasilkan dalam karya-karya seni yang berasaskan landskap.
1. Teknik melukis pokok
      i- Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan
          menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan
          pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.

    ii- Melukis garisan luaran pada pokok dan memperjelaskan lagi struktur daun dan
          kanopi pokok tersebut.
   iii- Sekiranya tidak diwarnakan, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan,
          memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk pokok
          tersebut. 
Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian pokok dengan jalinan
          pada daun, dan kulit pada batang pokok.


2. Mewarna Pokok (Teknik Cat Air)
      i- Mulakan mewarna dengan warna yang paling terang (cerah terlebih dahulu) iaitu
          kuning kehijauan.
    ii- Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk
         dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.
  iii- Perinci bahagian pokok dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau
         gelap atau campuran biru gelap.
         iv- Warnakan bahagian batang pokok dengan warna coklat. Perinci bahagian jalinan,
         dahan dan ranting pokok.



LUKISAN PERSPEKTIF
 RUANG DAN PERSPEKTIF
  1.  Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
  2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
  3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
  4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara:

  • Perspektif 1 titik lenyap
  •  Perspektif 2 titik lenyap
  • Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.


Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.


Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap
Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi


LUKISAN TEKNIK TITIK (Pointillism)
LUKISAN TEKNIK TITIK
  • Salah satu daripada teknik lukisan adalah teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.
  • Kesabaran diperlukan dalam menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap. 
  • Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap

 PROSES MELUKIS TEKNIK TITIK
1. Buat lakaran struktur objek yang hendak dilukis dengan pensel. Dapatkan garisan kontour kawasan arah cahaya dan bayang iaitu daripada kawasan cerah ke kawasan yang gelap. Dengan menggunakan pen dakwat basah mulakan dengan titik bahagian yang mempunyai ton cerah.
2. Tambahkan titik pada kawasan yang mempunyai ton lebih gelap atau boleh menggunakan pen yang lebih tebal saiznya.
3. Siapkan dengan menambah titik-titik pada bahagian yang mempunyai ton gelap dan pastikan titik yang dibuat tidak menjadi garisan. Setelah lukisan selesai, padamkan kesan lorekan pensel.













4 comments:

  1. jemput datang ke kedai kami atau beli sahaja secara online.koperasi daya asli johor berhad. pengedar tunggal barangan seni dan batik. like facebook kami koperasi daya asli johor berhad

    ReplyDelete
  2. jemput datang ke kedai kami atau beli sahaja secara online.koperasi daya asli johor berhad. pengedar tunggal barangan seni dan batik. like facebook kami koperasi daya asli johor berhad tel/fax 07-432 1855

    ReplyDelete
  3. bestttttt tengok... nanti jemput melawat http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. terima kasih..sangat berguna untuk menyiapkan portfolio seni...teringat kpd rakan karib sye yg berasal dri sbh...dia dri daerah sipitang...:)

    ReplyDelete

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...