CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Jenis warna yang popular ialah warna poster, warna air, cat akrilik, cat tempera, cat minyak dan sebagainya.
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Jenis warna yang popular ialah warna poster, warna air, cat akrilik, cat tempera, cat minyak dan sebagainya.
KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Kebiasaan bahan yang digunakan adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan perca kain.
MONTAJ
Menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
GOSOKAN
Dalam bahasa yang mudahnya, letakkan kertas lukisan diatas apa-apa permukaan, ambil warna (biasanya kat sekolah rendah, warna pensil) kemudian gosokkan.
Diantara teknik-teknik gosokan ialah;
1. Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
2. Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang
sama secara berulang kaliDalam bahasa yang mudahnya, letakkan kertas lukisan diatas apa-apa permukaan, ambil warna (biasanya kat sekolah rendah, warna pensil) kemudian gosokkan.
Diantara teknik-teknik gosokan ialah;
1. Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
3. Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
4. Gosokan secara pusingan
5. Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
6. Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
PERCIKAN
Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
MOZEK
Menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
BENTUK
Beberapa permukaan rupa jika dicantumkan boleh menghasilkan bentuk. Saiz garisan yang berbeza boleh membantu menampakkan bentuk.
Pergerakkan dapat dilihat apabila satu garisan dilukis secara berulang-ulang danbertindan diatas satah yang sama juga dapat menggambarkan perasaan seseorang
pelukis sama ada seorang yang agresif, lembut beralun atau pantas dan spontan
TON
Garisan yang disusun dalam pelbagai gaya dan pada jarak yang berbeza akan menghasilkan ton. Garisan yang disusun rapat akan menghasilkan ton yang
gelap dan susunan garisan yang jarang akan mewujudkan kesan terang.
UNSUR JALINAN
Garisan juga berfungsi sebagai unsur bertindak untuk menyedarkan pemerhati tentang
kedudukan objek didalam sebuah karya Sifat dan ragam garisan digunakan untuk
mewujudkan perasaan diatas satu permukaan satah.
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini