KRAF TRADISIONAL : ANYAMAN
PENGENALAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat
Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni
anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada
rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan
buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah
yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang
tebal menebat pengaliran haba. Seni anyaman dipercayai bermula dan
berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan
merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi
usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh
meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir
pantai.
Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat
dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus
(pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada
fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman
dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang
digunakan sehari-harian.
Proses menganyam disebut juga sebagai
"menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah
pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin,
daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah.
Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau
beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah
pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja
tertentu). Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih
kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar
dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi.
Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa
dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan
seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas
belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.
DEFINISI ANYAMAN
Anyaman
bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang
boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Anyaman
merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah,
pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Anyaman merupakan seni tradisi yang
tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama
dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik
kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan
daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk
menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan
Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di
negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut
dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih
terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di
daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala
Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti
anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,
Melaka, Sarawak dan Sabah.
TOKOH
ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG
Puan
Aminah binti Ali
Puan Aminah
dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu
tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan
tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada
tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan
tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai
seorang ahli kraftangan anyaman.
Lain-lain
tokoh yang telah mencipta motif anyaman:
i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari
negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri
Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii. Hajah Semek dari negeri Terengganu
mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan
mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari
negeri Sabah mencipta kelarai bunga.
JENIS-JENIS ANYAMAN
1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang
-Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
-Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan - Daun pandan duri
-Tikar sembahyang, hiasan dinding,
-Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh
yang sesuai
- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah
diproses
-Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
-Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa
-Lekar, bekas buah, bekas telor.
-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu - Paku pakis
ribu-ribu.
-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain.
ANYAMAN BULUH
-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain.
ANYAMAN BULUH
Buluh
merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh
yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di
kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat
berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh
betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang,
buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang.
Bagi
masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu
sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas,
bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi,
sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula
termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah
buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.
Memproses
Bahan
Hanya buluh yang sudah cukup tua
digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran
yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :
1. MerendamMengikut cara tradisional, buluh yang
siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama
seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus
bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang
terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari
segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan
menarik walaupun berbau masam.
2. Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh
disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat
(memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan
isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah
bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan
bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang
hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan
bingkai untuk anyaman bilah isi.
CORAK ANYAMAN TIKAR
Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:
Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:
1. Corak Tapak Catur – seringkali
dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap
2. Corak Mata Bilis – menggunakan
warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah.
Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.
3. Corak Beras Patah – menyerupai
corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu
mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.
4. Corak Palembang – berasal dari
Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan
dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.
5. Corak Bugis – berasal dari Bugis
dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih
kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.
6. Corak Muar – berasal dari Muar dan
bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan
jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah
campuran merah dan biru.
7. Corak Selang-seli – penggunaan
warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.
8. Corak Berdiri – kurang mendapat
sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak
yang betul-betul lurus amat sukar.
9. Corak Serong – corak yang mudah.
Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para
penganyam.
10. Corak Ketapang Gilir Kacang –
seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna
iaitu cerah dan gelap.
11. Corak Malaysia – corak
selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru.
BAHAN ANYAMAN
Rotan
- Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk.
- Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.
Pandan dan mengkuang tumbuh subur di
tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di
seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar
luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan
dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama.
Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang
demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih
besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan.
Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah
anyaman pandan.
Kelebaran bilah anyaman dikaitkan
dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya.
Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi.
Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar
mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi,
mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan
demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk
tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah
bercorak dan berwarna-warni.
Memproses
Bahan
Daun-daun yang cukup tua ditetak di
pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau
lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan
untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan
mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan
dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair
dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas
hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta
supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut
dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.
Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur
tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan
sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu
layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang
dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila
duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua.
Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan
alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan
diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu
ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya
lembut dan mudah dilurut.
Melurut melembutkan belah dan
melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai
patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam
tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya
bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.
Pada hari ketiga atau keempat,
bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum
dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah
itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan
dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama
beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan
kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah
daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun
kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas.
Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali
terakhir supaya lebih licin dan lembut.
Menganyam
Cara anyaman dimulakan bergantung pada
jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman
tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi
tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon
puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman
tudung saji
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini