Salji

Thursday, December 13, 2012

Nota Kraf Tradisional : TENUNAN


KRAF TRADISIONAL : TENUNAN

PENGENALAN
1. Perkataan songket berasal dari ‘Sungkit’ yang bermaksud teknik menyungkit
    menggunakan lidi atau bilah buluh.
2. Mula bertapak di 3 buah negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan
3. Kelantan dan Terengganu pengeluar kain tenunan benang emas.
4. Pahang pengeluar kain tenunan tidak berbenag emas di kenali sebagai tenun Pahang.   Tenunan dari Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Bugis) dibawa masuk ke Pahang abad ke-16.

 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TENUNAN
1. Bermula sejarah songket sejak emerintahan Che Siti Wan Kembang (1610-1677).
2. Tokoh songket – Wan Sharifah dari Kelantan.
3. Kain tenunan asalnya hanya dipakai ole golongan bangsawan (kerabat Diraja).

JENIS-JENIS KAIN TENUN SEMENANJUNG
1. Kain Tenun
  • Kain ini bercorak tanpa benang emas.
  • Warna benang berbeza-beza digunakan untuk membangkitkan corak petak-petak yang dipanggil ‘ragi kain’.

2.Kain Selit Benang Emas
  •       Dikenali dengan nama kain ‘hujan emas’ atau ‘beras patah’.
  •   Awalnya benang emas diselit secara melintang, kemudian motif corak mula diperkenalkan.

3.Kain Cindai
  •        Dihasilkan dari teknik ikat dan berasal dari India.
  •     Terkenal dikalangan kaum Batak, Sumbawa, Toraja dan suku-suku di Sabah dan Sarawak.
  •        Mengandungi 3-5 warna pada satu kain.

4.Kain Limar
  •        Dibuat dari benang sutera.
  •        Merupakan pakaian wanita istana zaman dahulu.
   

           CORAK-CORAK SONGKET  

                  
            
           

       



 ALATAN TENUN

Teknik dan Proses Tenunan

1. Melerai
- Proses dimana benang yang kering dimasukkan sejenis alat bernama ’rahak’ untuk diputar pada satu alat lain dipanggil ’peleting’.

2. Menganing
- Benang yang telah menjalani proses melerai dimasuk ke alat menaning untuk menentukan  anjang benang. Segulung benang loseng berukuran 26-31m dan boleh hasilkan 12-14 helain kain.

3. Menggulung
- Benang yang telah dianing digulung pada papan gulung ikut lebar gigi jentera. Loseng ialah benang yang memanjang pada kek.

4. Menyampuk
- Proses memasukkan benang loseng ke dalam gigi jentera atau sikat.

5. Menghubung
- Proses menyambung benang daripada loseng kepada benag yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggin ’ubung tindas’.

6. Mengarak
- Proses melilit benag asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang loseng.

7. Menyolek
- Menyolek rekacorak pada kain.

8. Menenun
- Proses terakhir dimana benag loseng dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain.

TENUNAN KAIN PUA
1. Mula disedari kewujudannya pada 1920-an dan sangat popular dikalangan kaum Iban di Sarawak.
2. Kain pua dihasilkan dalam bentuk kain biasa, skirt, kelambi dan baju burung (jaket).
3. Digunakan dalam upacara-upacara rasmi kaum iban dan dianggap kain suci.
4. Kain pua yang menggunakan corak ’engkaramba’ hanya boleh dihasilkan oleh perempuan ketua kaum sahaja. Menurut kepercayaan kaum iban ianya untuk mengelakkan penenun dijangkiti penyakit atau mati.




FUNGSI KAIN PUA
1. Istiadat menerima kepala 
- Pahlawan yang pulang dari berjuang dan membawa kepala musuh yang dipenggal akan dibungkus dengan kain pua.

2. Istiadat Kematian 
- Pengalas mayat si mati.

3. Gawai Bedaralemai 
- Menjadi pakaian rasmi dalam upacara keramaian.

4. Kelahiran Bayi 
- Kain pua diguna untuk meynyambut bayi baru lahir.

5. Gawai Burung Kenyalang 
- Diguna dalam istiadat menangkap burung kenyalang.

6. Perkahwinan 
- Sebagai pakaian pengantin.







0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...