Salji

Saturday, December 15, 2012

Nota Seni Halus : CETAKAN

PENGENALAN CETAKAN

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.

Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring. 
 
 
JENIS-JENIS CETAKAN
 
1. Cetakan timbulan:
  • Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.
  • Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran. 

2. Cetakan benam:
  • Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.
  • Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
  • Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
 
3. Cetakan planograf:
  • Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.
  • Dikenali juga sebagai litografi.
  • Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.
  • Menggunakan blok batu kapur.
  • Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel. 
4. Cetakan stencil (sarigrafi):
  • Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.
  • Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.
  • Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang. 
 

KAEDAH CETAKAN STENSIL (potongan kertas)

  • Cetakan Stensil
Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka.
 
Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-
1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun
PROSESS
 
  • Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang
  • Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.
  • Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.
  • Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak.
  • Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.
  • Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki.
  • Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.
  • Karya cetakan yang telah siap
  • Anda juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T, ini lebih menyeronokkan dan pelajar-pelajar lebih enjoy menghasilkan aktiviti tersebut. Jika menggunakan beberapa warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut warna-warna yang dikehendaki dan skrin yang berbeza.
     
 

0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...