Salji

Friday, December 14, 2012

Nota Komunikasi Visual : LOGO


DEFINISI LOGO

1. Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.

2. Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.




FUNGSI LOGO


1. Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi:
  • Pertubuhan
  • Persatuan
  • Kelab
  • Barangan komersial
  • Syarikat
  • Perkhidmatan
  • Kempen
  • Pameran
2. Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan, iklan, poster, bungkusan 
    serta  bahan-bahan bercetak seperti sampul surat, kertas surat, invois, kulit depan, faks, 
    memo, resit dan sebagainya bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan.

3. Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil 
    pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya.


SUMBER ILHAM CIPTAAN LOGO

1. Flora


2. Fauna
3. Manusia
4. Ciptaan Manusia
5. Huruf
6. Angka
7. Bentuk Geometri


JENIS-JENIS LOGO

Terdapat 3 kumpulan jenis logo iaitu:

A. Logo Huruf


    1. Logo huruf dikenal sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’ dalam bahasa Inggeris     2. Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka sahaja, beberapa huruf yang 
        digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu perkataan.     3. Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan dipilih untuk gubahan logo 
        pertubuhan itu.

B. Logo Representasi


    1. Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris.

    2. Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling.
    3. Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang 
        ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu.     4. Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan 
        jelas tanpa sebarang penerangan.

C. Logo Simbol

    1. Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang 
        jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.
  
    2. Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara 
        yang ada  perkaitan dengannya. 
CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO YANG BERMUTU

1. Corak logo asli, unik dan bermakna.

2. Bentuk logo jelas dipandang dan mudah difahami.
3. Mempunyai mesej yang mudah diingati
4. Pilihan warna yang sesuai dan berkesan
5. Ciptaan logo mempunyai kaitan dengan tajuk dan tema.
6. Jika huruf digunakan, huruf asalnya dapat dikesan.
 

0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...