PENGENALAN
- Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.
- Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.
- Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan
CARA MEMPERSEMBAHKAN POSTER
i. Menggunakan muka taip (huruf)
sahaja.
Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang
bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang
digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.

ii. Menggunakan muka taip bersama
ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar
atau foto.
Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan
melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang
kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca
atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi
adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah
bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding
mukataip bagi poster jenis ini.
TEKNIK PENGHASILAN POSTER
1.Teknik Lukisan :
Menggunakan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.

2.Teknik catan :
Dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya
Dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya
3.Teknik
kolaj :
Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas
berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda
bercorak dan berjalinan.
Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas
berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda
bercorak dan berjalinan.
4.Teknik
cetakan :
Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman, planograf, serigraf, capan dan juga
cara cetakan komputer.
Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman, planograf, serigraf, capan dan juga
cara cetakan komputer.
5.Teknik
campuran :
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, capan dan sebagainya.
PROSES PENGHASILAN POSTER
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, capan dan sebagainya.
PROSES PENGHASILAN POSTER
- Penentuan tema dan tajuk
- Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam.
- Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.
- Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil terbaik.
- Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.
- Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.
- Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster tersebut.
- Penyediaan alat dan bahan.
- Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan.
CIRI-CIRI POSTER
- Daya penarik yang dinamik.
- Warna yang berkesan.
- Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.
- Kesesuaiaan ilustrasi dengan tema.
- Pilihan muka taip yang berkesan.
- Gubahan asli dan unik.
- Cogankata yang dapat mempengaruhi pembaca.
- Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.
- Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini