KRAF TRADISIONAL : TEKAT
PENGENALAN
Seni tekat dikenali juga dengan nama
bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis
baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu,
mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Barang
yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas
pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas perhiasan.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Asal-usul dan perkembangan tekat secara
langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja
atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15,
iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman
dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka
menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih
dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul
Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat
yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang
emas, tekat gubah dan tekat perada.
FUNGSI TEKAT
Ia hanya
digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.
Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan
seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan
asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu
yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila
digunakan.
CIRI-CIRI TEKAT
- Baldu dan benang emas
- Sulam penuh
- Sulam pahat
- Tekat perada ( perada emas ditampal pada kain )
- Tekat timbul benang emas dan perak -> Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
- Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur ) -> Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
UNSUR
DAN BENTUK MOTIF
i.
Motif
tumbuhan / flora
ii.
Motif
geometri ( bersudut )
iii.
Motif
burung / unggas
iv.
Motif
awan larat
ALAT
DAN BAHAN
i. Cuban
– untuk membulut benang emas / perak ( terdiri daripada cuban kayu,
cuban buluh dan cuban kayu bercabang tiga )
cuban buluh dan cuban kayu bercabang tiga )
ii. Jarum
– untuk menjahit benang emas / perak
iii. Baldu
– kain berbulu halus dan lembut
iv.
Mempulur
– isi tekatan yang dibuat daripada kertas keras
v.
Benang
emas dan perak
vi.
Pemidang
kayu – untuk meregangkan kain baldu
PROSES TEKATAN
- Sediakan pemidang
- Regangkan kain putih di atas pemidang
- Letakkan kain baldu di atas kain putih
- Kedua-dua kain tersebut dicantum menggunakan jahitan sembat
- Letakkan mempulur di atas kain baldu
- Rentang benang emas di atas mempulur
- Jahit benang emas dengan benang putih
- Ulang proses ini hingga siap.
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini