KRAF
TRADISIONAL: BATIK
PENGENALAN
a. Batik ialah hasil kraf yang
dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain
b. Batik terkenal di Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Brunai
c. Ragam hias batik Malaysia
dipengaruhi ragam hias batik Indonesia
d. Perusahaan batik di Malaysia
bermula di Kelantan dan Terengganu
MOTIF-MOTIF
BATIK
a. Motif flora – motif akar menjalar,
buah pala, bunga raya, daun keladi, daun menjalar bunga teratai dan lain-lain
b. Motif fauna – motif burung, ayam
jantan, ayam betina, kala jengking, siput, rama-rama
dan lain-lain
dan lain-lain
c. Motif geometri – motif parang
rosak, kisi-kisi, swastika, jalur, pilin berganda ‘S’ dan
lain- lain
lain- lain
d. Motif isen – motif ada-ada, centel,
penutupan, sisik, mata dara, sabut kelapa dan lain-
lain
lain
JENIS-JENIS
BATIK
a. Batik tulis / lukis – menggunakan
canting untuk menerap lilin
b. Batik terap / blok – menggunakan
blok / sarang untuk menerap lilin
c. Batik skrin – menggunakan pemidang
skrin dan sekuji
d. Batik pelangi – menggunakan teknik
ikat dan celup, tidak menggunakan lilin
e. Batik pelbagai jenis – menggunakan
pelbagai teknik
PROSES
MEMBUAT BATIK
a.
Batik tulis / lukis
·
Basuh
kain putih -> regangkan pada pemidang kain -> buat lorekan corak dengan
pensel -> panaskan campuran lilin,damar dan minyak kelapa -> cedok lilin
dengan canting -> lukis ikut lakaran pensel -> warnakan -> keringkan
-> sapu sodium silikat (untuk mematikan warna) -> biarkan 8 hingga 12 jam
-> rebus kain dengan air panas campuran soda ash -> rendam dan basuh
dengan air biasa keringkan
b. Batik terap / blok
b. Batik terap / blok
·
Lukis
lakaran motif -> buat blok ikut lakaran motif dengan kepingan logam ->
basuh kain untuk hilangkan kanji -> bentangkan kain di atas meja pengecap
-> panaskan lilin dalam kuali leper -> celup blok ke dalam lilin ->
celupkan kain yang siap dicop ke dalam warna Naphtol -> rebus kain dalam campuran
soda ash -> basuh dan jemur kain
c.
Batik pelangi
·
Ikat
kain dengan ikatan yang sesuai -> bancuh air dengan pewarna -> celup
beberapa kali ke dalam pewarna -> cuci kain dan keringkan (untuk mendapat
kesan beraneka warna, kain perlu diikat dan dicelup beberapa kali)
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini