Salji

Friday, December 14, 2012

Nota Komunikasi Visual : ILUSTRASI


KOMUNIKASI VISUAL : ILUSTRASI

PENGENALAN
  1. Ilustrasi bermaksud seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar
  2. Lukisan untuk menjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej, dan sebagainya
  3. Boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel, lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat air/cat akrilik)
  4. Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakamlagenda dan peristiwa bersejarah
  5. Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi
  6. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran
  7. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek.
                                                Albracht Durer, Young Hare
                                                          Rembrandt, A Lion Lying Down
                                               Hans Burgkmair, Madonna With Grapes

FUNGSI ILUSTRASI
  • Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan
  • Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci
  • Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas
                                     memberi gambaran watak-watak dalam penceritaan
                                                           Fungsi dekoratif

CIRI-CIRI ILUSTRASI
  1. Keaslian dan rekaan yang kreatif
  2. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
  3. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
  4. Kreativiti
  5. Reka letak menonjol dan menarik perhatian
  6. Imej dapat disampaikan kepada pelanggan dan menepati kehendak mesej
  7. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
  8. Menggunakan alat dan bahan dengan betul
JENIS-JENIS ILUSTRASI
1. Ilustrasi Perubatan
Digunakan dalam bidang sains perubatan dengan meluas
Untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan dengan kesihatan

2. Ilustrasi Alam
Menggambarkann lukisan dan catan yang merujuk dalam alam semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan.

3. Ilustrasi Fesyen
Sangat popular sejak tahun 1920 lagi.

4. Ilustrasi Penerbitan
Ilustrasi pada kulit buku, risalah, suratkhabar, kulit novel, kartun, dan ilustrasi cerpen menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut.

5. Ilustrasi Teknikal
Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri
Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berbantukan komputer merupakan bahagian penting untuk mendapatkan ilustrasi teknikal yang tepat. Ilustrasi ini bertujuan untuk mempromosi barang

6. Ilustrasi Perindustrian
Merujuk lakaran idea untuk barangan industri
Tidak terhad kepada industri berat, malahan mencakupi industri ringan seperti rekaan perabot, plastik dan lain-lain.

7. Ilustrasi Haiwan
Untuk menunjukkan lakaran jelas bahagian segmen badan
Kerap digunakan untuk memaparkan haiwan purba yang telah pupus seperti dinosaur
sering dilukis berdasarkan gambaran sejarah dan dipaparkan pada setem.

8. Ilustrasi Maklumat
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat
Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan.











0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...