1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali,
membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat
air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah
PROSES CATAN CAT AIR
1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan
alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan
daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat
dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu
diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan
tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai
digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span.
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar
kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.
TEKNIK CAT AIR
- BASAH ATAS BASAH
Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.
Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.
- BASAH ATAS KERING
Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.
- KERING ATAS KERING
TEKNIK MEWARNA CATAN CAT AIR
- Bekas Serbaguna.
1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.
Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.
Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.
2. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.
3. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses
memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan
kering sepenuhnya.
4. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti. Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap.
Perkemaskan kesan jalinan. Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus.
1. Sejenis pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan Pengilat ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair
atau memekatkan cat.
3. Bahantara yang digunakan ialah turpentine.
4. Ciri-ciri: bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik
mencatan
5. Alat dan bahan yang digunakan seperti berus pelbagai saiz, pisau palet, plat pembancuh
warna, bekas minyak linsid, turpentine, kekuda (easel), kanvas atau sebarang permukaan.
PROSES PENYEDIAAN KANVAS
1. Siapkan pemidang kayu mengikut saiz yang dikehendaki (pastikan kukuh dan tidak boleh
dilentur)
2. Gunakan stapler gun untuk meregangkan kanvas atau kain belacu
3. Kain dipaku di sisi pemidang dengan kemas dan tegang
4. Sapukan gam kanji yang cair, glu enamel atau akrilik primer untuk menutup lubang pada
kain
5. Sapukan cat emulsi putih ke atas lapisan gam kanji cair tadi setelah kering
6. Pastikan jalur catan emulsi menyilang supaya permukaan kanvas rata dan licin
PROSES CATAN
1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang
2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek
3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan perspektif,
bentuk dan jalinan
4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini