Salji

Thursday, December 13, 2012

Nota Asas Seni Reka : PRINSIP REKAAN


PENGENALAN


Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.


1. Harmoni
  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah. 
2. Kontra
  •  Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
  • Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
  • Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan
  • Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
  • Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a. Imbangan simetri 
     Unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah 
     (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 
  
b. Imbangan tidak simetri
     Unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai 
     ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan
  • Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
  • Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
  • Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.
6. Kepelbagaian  
  • Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

7. Kesatuan
  • Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
  • Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
 

0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...