DEFINISI PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.
SEJARAH PEMBUNGKUSAN
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah
zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud
menjadi satu bidang perdadangan yang penting.
FUNGSI PEMBUNGKUSAN
a) Melindungi barangan dari segi fizikal
b) Menjamin kualiti barangan
c) Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan
d) Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
e) Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan
CIRI-CIRI PEMBUNGKUS HASIL MAKANAN
a) Keterangan tentang ramuan
b) Jenama
c) Gambar hasil
d) Berat bersih kandungan
e) Tarikh luput makanan
f) Logo, nama,dan alamat syarikat atau pembuat hasil
g) Harga barangan
CIRI-CIRI PEMBUNGKUS BUKAN MAKANAN
a) Senarai bahan
b) Keterangan tentang cara penggunaan dan pemeliharaannya
c) Berat bersih kandungan
d) Tarikh buatan dan tarikh luput (jika mengandungi bahan kimia)
e) Jenama dan ilustrasi (jika perlu)
f) Amaran jika bahan mengandungi racun
g) Logo, nama syarikat dan alamat pembuat barangan
JENIS PEMBUNGKUSAN
a) Barangan lembut atau serbuk
b) Barangan keras
c) Barangan cecair
d) Barangan bantuk krim atau pelekat
KRITERIA PENTING DALAM PEMBUNGKUSAN
a) Warna
b) Ilustrasi
c) Muka taip (tipografi)
d) Penerangan
e) Logo syarikat, nama dan alamat
f) Bentuk bungkusan
g) Reka letak
h) Kemasan dan persembahan
PROSES PENGHASILAN PEMBUNGKUSAN
1. Membuat kajian melalui pemerhatian contoh bentuk pembungkusan yang
sedia ada di
pasaran, jenis bahan yang digunakan, dan anggaran kos
2. Menentukan jenis dan bentuk pembungkusan
3. Menyediakan beberapa lakaran pelan pembungkusan termasuk gubahan
grafik, ilustrasi,
jenama, logo, nama syarikat dan butir-butir
penerangan lain mengikut skala yang tertentu
4. Memilih pelan yang paling sesuai
5. Membuat pembungkusan berdasarkan pelan reka letak yang telah dipilih
mengikut
ukuran yang sesuai dengan barangan , menggunakan bahan dan
teknik yang ditentukan
terlebih dahulu
6. Jika pembungkusan atau barangan itu memerlukan papan atau rak
istimewa untuk
pameran pelbagai jenis keluaran daripada jenama yang
sama, pereka juga perlu
merekakan papan pameran tersebut
Friday, December 14, 2012
Nota Komunikasi Visual : PEMBUNGKUSAN
7:19 AM
No comments
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini