Salji

Wednesday, December 12, 2012

Nota Kraf Tradisional : TEMBIKAR

KRAF TRADISIONAL: TEMBIKAR

PENGENALAN
  • Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat.
  • Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar      secara dedah atau dalam tanur.
  • Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu.
  • Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di    Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.
  • Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian.
  • Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal.
KAWASAN PERUSAHAAN TEMBIKAR:
1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak
2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
3. Pulau Tiga, Parit, Perak
4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
5. Kuching, Sarawak
6. Sunagi Dua, Seberang Prai, P.Pinang

JENIS-JENIS TEMBIKAR
1. Tembikar Mambong
  • Terkenal di Kelantan
  • Dihasilkan untuk kegunaan harian
  • Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam proses pembuatannya
  • Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi kemerahan-merahan
  • Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang
2. Terenang
  • Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat
  • Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang
  • Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di celah-celah tanah dan batu
  • Hasil terenang berwarna coklat kekuningan
3. Bekas Perasapan
  • Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian
4. Labu
  • Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak mempunyai corak –alam sekeliling dan geometri
5. Jambangan
  • Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk meletak Bunga
6. Butung
  • Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan
7. Geluk
  • Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas
TEMBIKAR SARAWAK
• Berasal dari China dan diusahakan oleh kaum Cina
• Berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga
• Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang berharga,atau mengisi arak
• Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan

LABU SAYONG
• Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak
• Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air
• Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan air
• Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin, nyaman dan mempunyai khasiat  
   yang tertentu
• Ia dihasilkan oleh kaum wanita menggunakan teknik picitan dan lingkaran
• Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri

BAHAN :
1.Tanah liat :
• Bahan utama untuk membuat tembikar
• Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat daripada tanah busut , tanah berhampiran sungai / di
   sungai, tanah sawah , berwarna kelabu dan kuning kemerah-merahan
2.Damar
• Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air
• Diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu

ALATAN:
  1. Ayak - Alat ini mempunyai jaring halus yang digunakan untuk menapis serbuk tanah liat dan sepuh (gerlis).
  2. Dawai pemotong - Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli untuk memastikan tiada liang udara.
  3. Pinggan-Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.
  4. Penggelek/Papan gelek/pengukur -Papan gelek – papan untuk menggelek tanah liat dalam proses membentuk. Ia juga dipanggil papan rata. Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki, terutama bentuk tapak.
  5. Batu sungai -Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan tembikar yang telah siap. Alat ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali atau batu luru.
  6. Pengukir kayu/Kayu tera - Kayu kecil yang kedua- dua hujungnya bermotif, digunakan untuk membentuk corak dengan menekannya pada tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu lembut.
  7. Span-Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar.
  8. Tong-Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses.Tong perlu ditutup supaya tanah liat tidak mudah kering.
  9. Pengukir besi/Penepik kayu berukir/Pengukir dawai - Alat yang digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan, turisan, menakik atau mengguris.
TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT LABU SAYONG
=>  Tanah liat dikeringkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki
=>  Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis
=>  Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli hingga lembut,
        liut 
dan liat serta tidak mengandungi liang-liang udara
=>  Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk
=>  Membentuk labu sayong perlu melalui beberapa peringkat:
  1.  Membina badan labu
  2. Membuat tapak
  3. Menyambung kan tapak dengan badan labu
  4. Membuat muncung
  5. Menyambungkan bahagian leher dan muncung
  6.  Menyambungkan bahagian badan dengan leher dan muncung
=>  Keringkan tembikar yang telah siap di tempat yang redup selama beberapa hari
=>  Licinkan permukaan labu dengan batu sungai
=> Hiaskan permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan penepik kayu        
       berukir, pengukir besi atau kayu tera

PROSES PENYEDIAAN TANAH LIAT
  1. Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar.
  2. Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak.
  3. Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu.
  4. Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping plaster paris selama beberapa hari.
  5. Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat.
  6. Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk kegunaan kelak.
  7. Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar / pecah.
TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR
1. Teknik picit
     • dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.Teknik ini
        merupakan teknik yang paling mudah
2.Teknik lingkaran
     • bahagian tapak disediakan terlebih dahulu
     • kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti
        silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar
3.Teknik kepingan
     • dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut
          saiz tertentu
    • bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi
      tujuan penyambungan
    • bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang
      berfungsi sebagai pelekat / gam )
4.Teknik lempar alin/ putaran
    • menggunakan mesin pemutar / roda pemutar
    • Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran
    • Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja
5.Teknik acuan
    • dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam
    • bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan
    • digunakan untuk perusahaan komersial

KAEDAH PEMBAKARAN TEMBIKAR
  • Kaedah tradisional - tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu   kering,pelepah pokok kelapa, kayu dan sebagainya
1. Teknik Pembakaran Pulau Tiga
-tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering
-kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna
  kehitaman
-sapu damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air
2. Teknik Pembakaran Sayong
- tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala ke arah api
-kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api
-tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuk
  menghitamkannya
-bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air

PROSES PENGERINGAN DAN PEMBAKARAN
•keringkan tembikar sama rata
•elakkan tembikar yang sudah kering daripada terkena air
•bakar tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi pejal, keras dan
  tidak telap air

TEKNIK MENGHIAS TEMBIKAR

  • labu dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut
  • menggunakan motif geometri dan organik
  • alat yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi
  • teknik menghias tembikar:
  1. teknik menekan
  2. teknik kelar / guris
  3. teknik mengikis dan mengukir






0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...