Salji

Thursday, December 20, 2012

Nota Sejarah & Apresiasi Seni Visual : SENI BINA

PENGENALAN

         Senibina biasanya dibayangkan ( direka ) dan dilahirkan ( didirikan ) sebagai balasan terhadap sekumpulan keadaan yang sedia ada. Keaadan ini mungkin bersifat fungsi semata-mata,atau pun mungkin membayangkan maksud sosial,ekonomi,politik bahkan khayalan atau lambang dalam kedaan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun,perlulah diandaikan bahawa kumpulan keadaan yang sediada, yakni masalahnya, tidak begitu memuaskan dan suatu keadaan baru, iatu penyelesaian diperlukan. Oleh itu perbuatan mencipta seni bina merupakan proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.
 
          Proses rekabentuk ialah mengakui keadaan yang bermasalah itu dan keputusan mencari penyelesaiannya dalam erti kata rekabentuk merupakan perbuatan yang disengajakan, iaitu usaha yang bertujuan.
 
          Seni juga adalah menyelesaikan masalah yang  tidak dapat dirumuskan sebelum masalah ini diselesaikan dan cara membentuk persoalannya merupakan sebahagian dari jawapannya. Penyelesaian masalah itu  adalah betujuan memperkayakan perbendaharaan rekabentuk melalui penerokaan, pengkajian dan penggunaan.
 
          Sebagai suatu kesenian, seni bina adalah lebih daripada semata-mata memuaskan kehendak penggunaan ( fungsi) sesuatu program binaan. Pada dasarnya manifestasi fizik seni bina disesuaikan dengan kegiatan manusia.Walau bagaimanapun, susunan dan organisasi unsur bentuk dan ruang akan menentukan bagimana senibina mungkin memajukan usaha, mencuba mendapat balasan dan menyampaikan maksud.
 
          Dari segi senibina juga, penyelesaian sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui dengan keadaan fungsi,tujuan dan konteks.       

0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...