Salji

Wednesday, December 12, 2012

Nota Alat Permainan : WAU


PENGENALAN



Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.

Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.

Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.

Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah.

Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

SEJARAH WAU 
  1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
  2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.
  3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
  4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit. 
  5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong. 
KATEGORI WAU
  1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian.
  • Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.
  • Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan. 
  • Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.
  • Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi. 
    2.  Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan.
  • Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.
  • Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.
    3.  Wau untuk hiasan dan replika.
  • Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya. 
  • Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.
  • Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan
JENIS-JENIS WAU

Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular.

 
 Wau Bulan  

 Wau Jala Budi

Wau Daun
Wau Puyuh
Wau Merak
Wau Barat

Wau Payung Berekor

Wau Helang

Wau Kucing


ALATAN DAN BAHAN

1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

PROSES PENGHASILAN WAU 

1. Memilih buluh

2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju

BAHAGIAN WAU

0 comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...