KRAF TRADISIONAL : UKIRAN
PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir
merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat
Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif
bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah
karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,
memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan
pemahat dan pisau wali.
SEJARAH PERKEMBANGAN
UKIRAN KAYU
Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal
ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu
Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal
telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga,
gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara
ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus
Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17.
Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur
Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir
indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di
negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri
Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai
seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai
seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala
Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar
Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah
adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa
kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam,
kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah
berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak
persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan
bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand
iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa
keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji
menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis
ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah
lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid.
Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran
tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan
bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan.
Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan
tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini
ialah awan larat, silang dan simetri.
b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang
disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan
yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama
seperti ukiran tebuk.
c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu
keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga
ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir
kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan
genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata,
perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.
e. Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan
oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan
semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan
dibentuk menyerupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari
kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
TOKOH-TOKOH UKIRAN
1.Encik Latiff bin Long
Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau
adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang
berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang
handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih
tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu.
Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun.
Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah.
Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu
Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara.
Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya
di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar
negara.
2. Tuan Haji Wan Su bin
Othman
Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di
daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi.
Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah
dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu.
Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia.
Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari
dalam dan luar negara.
0 comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Terhadap Blog Ini