Salji

Selamat Datang

Crew Kelabu Asap Akan Membantu Anda. Kejayaan Di Tangan Anda

Teknik Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua.

Tenunan

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu

Arca

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.

Warna Asas

Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier

Thursday, December 20, 2012

PENGENALAN


Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada pelajar memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pelajar di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu pelajar membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Pelajar digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih pelajar membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu pelajar berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.


Sejarah & Apresiasi Seni Visual


2)    SEJARAH & APRESIASI SENI VISUAL


                        a )    Perkembangan Seni Visual Di Malaysia
              b )    Peralatan
              c )    Alat Permainan
                                                - Wau 
               d )    SeniBina
               e )    Kenderaan 
               f  )    Pakaian
               g )    Perhiasan(Ornamen)

Bantuan Link

Kasbie ( Klik Gambar Untuk Akses )

Wareyzseni ( Klik Gambar Untuk Akses )

lowchaiyen ( Klik Gambar Untuk Akses )

Nota Sejarah & Apresiasi Seni Visual : SENI BINA

PENGENALAN

         Senibina biasanya dibayangkan ( direka ) dan dilahirkan ( didirikan ) sebagai balasan terhadap sekumpulan keadaan yang sedia ada. Keaadan ini mungkin bersifat fungsi semata-mata,atau pun mungkin membayangkan maksud sosial,ekonomi,politik bahkan khayalan atau lambang dalam kedaan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun,perlulah diandaikan bahawa kumpulan keadaan yang sediada, yakni masalahnya, tidak begitu memuaskan dan suatu keadaan baru, iatu penyelesaian diperlukan. Oleh itu perbuatan mencipta seni bina merupakan proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.
 
          Proses rekabentuk ialah mengakui keadaan yang bermasalah itu dan keputusan mencari penyelesaiannya dalam erti kata rekabentuk merupakan perbuatan yang disengajakan, iaitu usaha yang bertujuan.
 
          Seni juga adalah menyelesaikan masalah yang  tidak dapat dirumuskan sebelum masalah ini diselesaikan dan cara membentuk persoalannya merupakan sebahagian dari jawapannya. Penyelesaian masalah itu  adalah betujuan memperkayakan perbendaharaan rekabentuk melalui penerokaan, pengkajian dan penggunaan.
 
          Sebagai suatu kesenian, seni bina adalah lebih daripada semata-mata memuaskan kehendak penggunaan ( fungsi) sesuatu program binaan. Pada dasarnya manifestasi fizik seni bina disesuaikan dengan kegiatan manusia.Walau bagaimanapun, susunan dan organisasi unsur bentuk dan ruang akan menentukan bagimana senibina mungkin memajukan usaha, mencuba mendapat balasan dan menyampaikan maksud.
 
          Dari segi senibina juga, penyelesaian sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui dengan keadaan fungsi,tujuan dan konteks.       

Nota Sejarah & Apresiasi Seni Visual : KENDERAAN

PENGENALAN

  • Sejak kenderaan direka pada penghujung abad ke-18, pelbagai perubahan teknologi telah dilakukan bagi memastikan kenderaan dapat beroperasi dengan lebih cekap, enjin lebih berkuasa dan mempunyai kelajuan yang maksimum.

CONTOH KENDERAAN


Nota Sejarah & Apresiasi Seni Visual : PERHIASAN

PENGENALAN

  • Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi.Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai hiasan diri. 
  • Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan   diri  bagi  sesuatu    kumpulan    manusia.
  •  Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata. 
  • Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan  diri  sejak  abad   masehi (7 M) lagi.
  •  Pada  zaman  kegemilangan  Raja-Raja  Melayu  pembuatan  barangan  kemas  adalah untuk  memenuhi  keperluan  dan  kegunaan  keluarga  di raja.
  •  Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana. 
  • Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di  kepala.
 
CONTOH PERHIASAN 
 
 

Nota Sejarah & Apresiasi Seni Visual : PAKAIAN

PENGENALAN
  • Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan lain-lain.
  •  Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza.
  •  Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. 
  • Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. 
  • Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas. 

CONTOH PAKAIAN 

Sunday, December 16, 2012

Video : Batik

PENGHASILAN BATIK

Batik Canting








Proses Batik Teknik Ikat Celup




Contoh Reka Corak Ikat Celup




Batik Idea Ikatan

Video : Tembikar Cara lempar Alin

Penghasilan Tembikar Cara Lempar Alin






Video : Tembikar Labu Sayong

Proses Pembuatan Labu Sayong







Video : Kaligrafi

Teknik Tulisan Kaligrafi Dengan Berus


Teknik Tulisan Kaligrafi Dengan Pen


Video : Pembungkusan

 Penghasilan Muka Taip dan Reka Bentuk Pembungkusan dengan aplikasi Adobe Photoshop






GALERI FOTO

JENIS-JENIS GARISAN



JENIS-JENIS JALINAN

                                  JALINAN SENTUH - KULIT KERANG        JALINAN TAMPAK - KERTAS DINDING 


JENIS-JENIS RUPA
          RUPA GEOMETRI                 RUPA ORGANIK

JENIS-JENIS BENTUK
BENTUK KONKRIT - MEJA                 BENTUK ILUSI TEKNIK KOMPUTER

LUKISAN PERSPEKTIF


JENIS - JENIS WARNA

PRINSIP REKAAN



MEDIA LUKISAN
MEDIA CATAN


JENIS-JENIS ARCA
JENIS-JENIS ARCA


JENIS-JENIS LOGO

CONTOH-CONTOH POSTER


CONTOH-CONTOH REKA BENTUK KORPORAT

JENIS-JENIS ILUSTRASI



CONTOH-CONTOH PEMBUNGKUSAN


JENIS-JENIS KALIGRAFI RUMI

CONTOH REKA BENTUK HIASAN DALAMAN



CONTOH TEMBIKAR : LABU SAYONG



CONTOH BATIK



CONTOH ANYAMAN





CONTOH UKIRAN KAYU





CONTOH TEKAT SENI



CONTOH TENUNAN SONGKET



















Video : Ilustrasi

ILUSTRASI PANTAS




Video : Logo

PENGHASILAN LOGO MENGGUNAKAN APLIKASI PHOTOSHOP









Video : Demontrasi Cetakan

CETAKAN SUTERA SARING




CETAKAN BLOK




CETAKAN LINO




CETAKAN LITOGRAFI


Video : Cetakan Stensil

CETAKAN STENSIL






Video : Arca Mobail

ARCA  MOBAIL




Video : Pemasangan Arca

PROSES PEMASANGAN ARCA



Video : Demontrasi Lukisan

DEMONTRASI LUKISAN










Video : Kanvas dan Catan

PEMASANGAN KANVAS




PROSES MENCATAN



Video : Regangan Kertas dan Catan Cat Air

TEKNIK MEREGANG KERTAS CAT AIR




TEKNIK BASAH ATAS BASAH




TEKNIK BASAH ATAS KERING




TEKNIK KERING ATAS BASAH




Video : Teknik Titik

LUKISAN TEKNIK TITIK (SPEED DRAWING)

Video : Lukisan Perspektif

LUKISAN PERSPEKTIF 1 TITIK LENYAP




LUKISAN PERSPEKTIF 2 TITIK LENYAP




LUKISAN PERSPEKTIF 3 TITIK LENYAP

Video : Teknik Melukis dan Mewarna


MELUKIS POKOK

MEWARNA TEKNIK CATAN CAT AIR

MEWARNA TEKNIK POSTER / CAT MINYAK

Video : Aktiviti Jalinan

PUALAMAN


IKAT DAN CELUP (TIE AND DYE)

GALERI VIDEO

Nota Pembentangan Asas Seni Reka : PRINSIP REKAAN

Nota Pembentangan Komunikasi Visual : ILUSTRASI

Saturday, December 15, 2012

Nota Rekabentuk : MULTIMEDIA

REKABENTUK : MULTIMEDIA

PENGENALAN
Perkataan 'multimedia adalah gabungan dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai, manakala media merujuk kepada 'medium atau alat atau bahan. Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat.  Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. Penggunaan persembahan multimedia mempunyai impak yang besar dalam sesebuah organisasi.  Pereka bentuk visual mampu mewujukan suasana pegun dan berinformatif. Pembangunan multimedia memerlukan sisitem komputer yang dapat menghasilkan grafik, audio, video dan animasi disamping alat-alat seperti pengimbas, pembesar suara, kad bunyi, kad video dan CD Rom. 

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA
  1. Teks - muka taip atau 'font' yang digunakan sebagai tajuk besar, tajuk kecil dan teks penerangan.
  2. Grafik - visual pegun yang dihasilkan melalui teknik fotografi, ilustrasi dan grafik komputer.
  3. Video - klip video.
  4. Audio - kesan bunyi, kesan bunyi persekitaran.
  5. Animasi - pertunjukan pantas urutan imej-imej statik 2D atau 3D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Perisian Multimedia.
Terdapat banyak perisian multimedia di pasaran.  Setiap perisian mempunyai  fungsi tertentu.  Antara kegunaan perisisan-perisian tersebut adalah seperti berikut:
1. Macromedia Freehand, Corel Draw, Adobe Ilustrator 
     - untuk menghasilkan ilustrasi, reka bentuk dan imej.

                             Adobe Ilustrator untuk menghasilkan ilustrasi.

2. Macromedia Director, Macromedia Flash, After effects, MS Powerpoint 
       - untuk menghasilkan multimedia linear interaktif dan animasi 

                                   Micromedia Flash untuk menghasilkan animasi


3. Adobe Photoshop, Macromedia Fireworks, Corel Paint Sho Pro 
     - untuk mengedit gambar.


                                        Adobe Photoshop untuk mengedit gambar



JENIS-JENIS MULTIMEDIA
1.  Multimedia linear atau multimedia persembahan
Iaitu persembahan yang tidak dikawal. Multimedia jenis ini digunakan untuk persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran atau multimedia korporat
                               Contoh persembahan multimedia menggunakan Powerpoint

2.  Multimedia Interaktif
Iaitu melalui persembahan multimedia interaktif, pelanggan dapat menerokai dan berinteraksi melalui butang kawalan, teks utama dan hot spot.

                                               Contoh multimedia interaktif - bahan P&P.

REKA BENTUK LAMAN WEB
Laman Web merupakan bentuk komunikasi paling popular dan berkesan masa kini.  Reka bentuk laman web yang menarik memerlukan kemahiran pereka grafik dalam mengaplikasi perisisan khas laman web. 

Reka bentuk laman web yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:
  •           Penggunaan imej yang ringkas dan tepat
  •      Penggunaan butang yang mudah atau menarik
  •           Warna yang sesuai
  •       Saiz bukaan yang standard (640 x 480 pixel)
  •      Menggunakan maklumat yang padat dan berkesan
  •      Jelas sasaran penggunanya
  •      Menggunakan animasi yang minima
  •      Trend reka letak terkini
  •      Butang kawalan yang berfungsi dengan baik








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...